Friday, 19 August 2022

MOM akan cadang besbol dipertandingkan dalam Sukan SEA akan datang

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan mencadangkan agar sukan besbol dipertandingkan dalam Sukan SEA akan datang.

Ini kerana sukan tersebut dilihat memiliki prospek cerah buat negara.

Menurut Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, Persekutuan Besbol Malaysia (BFM) memohon agar ia di pertandingkan di Sukan SEA Ke-32 Kemboja.

Namun cadangan agak lewat untuk dibincangkan bersama Persekutuan Sukan Asia Tenggara dan Kemboja.


(Setiausaha Agung MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib)

"Sekarang Sukan SEA ini ada perjumpaan pada 10 Julai ini antara negara-negara asia untuk menentukan sukan terakhir akan masuk ke Sukan SEA iaitu ada permintaan daripada kriket, menembak,silat dan wushu, tapi kalau untuk besbol ini kita nampak sangat sukar sebab telah hujung jalan dan hendak buat keputusan terakhir. Tapi saya harap mereka lihat untuk Thailand dan juga selepas itu Malaysia ada peluang yang mungkin sangat baik untuk mereka", katanya.

Beliau ditemui selepas hadir Majlis Perasmian Perlawanan Persahabatan Besbol antara Malaysia dengan pasukan pilihan kelab Jepun di Malaysia.