Friday, 19 August 2022

Patatimo Boys enggan mahu kalah tangan kosong

  • Published in Sukan

BUKIT JALIL, 26 Jun - Bahang kejohanan Badminton Petronas Terbuka Malaysia 2022 kini mula dirasai.

Bagi beregu muda negara, Wan Arif Wan Junaidi dan Muhammad Haikal Nazri impian mereka hanya satu iaitu mahu membuktikan kemampuan pada penyertaan sulung.

Pasangan yang terkenal dengan gelaran 'Patatimo Boys' itu juga optimis mampu beraksi dengan baik di hadapan penyokong sendiri.

Ketiadaan beregu nombor satu dunia dari Indonesia Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon serta Pramudya Kusumawardana - Yeremia Rambitan yang menarik diri akibat kecederaan juga bakal dimanfaatkan sebaiknya.

"Pertama sekali, memang kami nak bagi yang terbaik. Kalau bertempur dengan bersungguh-sungguh dan ditakdirkan kalah, biarlah kalah dengan puas hati bukan kalah tangan kosong," kata Wan Arif.

"Ini merupakan peluang keemasan buat kami berdua, sebab peluang tidak akan datang selalu, maka kami akan tunjukkan yang terbaik," ujar Muhammad Haikal.

Ketika ini pasangan beregu negara tersebut menghuni ranking ke-85 dunia.