Friday, 19 August 2022

Liga Super: SUFC tundukkan tuan rumah

  • Published in Sukan

KRUBONG, 26 Jun - Sarawak United (SUFC) berjaya menundukkan tuan rumah Melaka United (MUFC).

Perjalanan skuad dari Bumi Kenyalang berbaloi selepas mereka berjaya menang 3-2.

MUFC bermula garang dengan menghasilkan jaringan pertama pada minit ke-18 menerusi Sony Norde.

Kegembiraan itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila gol persamaan dijaringkan pada minit ke-23 oleh Gonzalo Soto.

(FOTO Facebook SUFC)

Tuan rumah cuba bangkit dan berjaya menambah gol pada minit ke-34 menerusi Syazwan Andik.

Tidak puas hati dengan keadaan itu, SUFC membalas serangan dan Lee Chang Hoon berjaya menjaringkan gol berikutnya pada minit ke-61.

Francis Kone menambah duka tuan rumah apabila menambah satu lagi gol pada masa tambahan.