Friday, 19 August 2022

Serena Williams buat kemunculan kembali

  • Published in Sukan

(FOTO REUTERS)

LONDON, 25 Jun - Serena Williams kembali ke gelanggang tenis sebagai persediaan fasa akhir bagi mengharungi kejohanan Wimbledon yang akan bermula Isnin ini.

Kepulangan bintang perseorangan wanita itu amat dinanti-nantikan selepas setahun berehat akibat kecederaan.

Serena, pemenang 23 gelaran Grand Slam dijangka mudah menumpaskan pemain Perancis di kedudukan ranking ke-113, Harmony Tan pada pusingan pertama.


 (Bintang perseorangan wanita, Serena Williams kembali ke gelanggang tenis/AFP)  

Pemain berusia 40 tahun itu turun atas tiket Wild Card susulan kejatuhan rankingnya kerana tidak bermain dalam mana-mana perlawanan sejak mengalami kecederaan setahun lalu.

Sepanjang kariernya, Serena telah memenangi sebanyak tujuh kali kejuaraan Wimbledon dalam kategori perseorangan.