Friday, 19 August 2022

Tsitsipas tempah slot final tenis Terbuka Mallorca

  • Published in Sukan

MALLORCA, 25 Jun - Pemain pilihan kedua dari Greece, Stefanos Tsitsipas menempah tiket ke pentas final tenis Terbuka Mallorca selepas menang ke atas Benjamin Bonzi dari Perancis di separuh akhir.

Tsitsipas yang merupakan satu-satunya pemain dalam kelompok 10 terbaik dunia di kejohanan ini, dilihat tidak berdepan masalah untuk menang dengan straight-set, 6-4, 6-4.


(Pemain tenis Greece, Stefanos Tsitsipas/Foto ATP Tour) 

Ini kali pertama pemain ranking keenam dunia itu mara ke pentas final di Mallorca (MAYORKA) dan berpeluang menjulang gelaran sulungnya di kejohanan gelanggang rumput.

Pada aksi final nanti, Tsitsipas, 24 tahun, dijadual berdepan pemain tuan rumah, Roberto Bautista-Agut selepas pemain dari Sepanyol itu mengalahkan Antoine (Antoan) Bellier dari Swtizerland 7-6, 6-2.