Friday, 19 August 2022

Mancester City bayar RM243 juta untuk khidmat Kalvin Phillips

  • Published in Sukan

(FOTO REUTERS)

LONDON, 25 Jun- Manchester City bersetuju menandatangani pemain tengah England, Kalvin Phillips dari Leeds dengan harga £45 juta (RM243.09 juta)

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dilaporkan menawarkan yuran £42 juta (RM226.88 juta) dengan potensi tambahan £3 (RM16.21 juta) untuk Phillips.

Perpindahan lumayan itu bergantung kepada persetujuan Phillips dalam aspek peribadi dengan skuad Pep Guardiola.

Guardiola mahukan Phillips bagi memperkukuhkan bahagian tengah selepas pemergian pemain Brazil, Fernandinho pada penghujung musim lalu.

Phillips meningkat daripada seorang pemain remaja Leeds dengan memainkan peranan penting membantu kelabnya kembali ke EPL dua tahun lalu.

(Pemain tengah Leeds Kalvin Phillips bersedia untuk menyertai Manchester City/REUTERS)


Dia juga mengukuhkan kedudukan sebagai pemain antarabangsa England dan beraksi pada final Kejohanan Eropah tahun lalu.

Phillips akan menjadi pemain tambahan kedua terbaik buat City selepas kehadiran penyerang Borussia Dortmund dari Norway, Erling Haaland.

Sementara itu, pemain tengah daripada akademi City, Darko Gyabi akan ke Leeds dengan nilai sekitar £5 juta (RM27 juta). -AFP