Saturday, 25 June 2022

Bayern lengkapkan perpindahan Sadio Mane

  • Published in Sukan

(FOTO AFP)

BERLIN, 22 Jun - Bayern Munich pada Rabu telah melengkapkan proses menandatangani bintang kebangsaan Senegal, Sadio Mane.

Menurut kelab gergasi Jerman berkenaan, bekas tonggak Liverpool itu diikat untuk tempoh tiga tahun sehingga 2025.

Bayern, yang memenangi gelaran liga ke-10 berturut-turut musim lalu, dilapor telah membelanjakan kira-kira €40 juta untuk pemain berusia 30 tahun itu.

Menurut Mane, dia yakin telah membuat keputusan yang tepat untuk meneruskan karier bersama kelab berkenaan.


(Pemain baharu Bayern Munich, Sadio Mane/AFP)

Pemain itu meninggalkan Anfield selepas melakukan 269 penampilan dan menjaringkan 120 gol dalam semua pertandingan.

Mane merupakan antara tonggak penting yang membantu Liverpool merangkul gelaran Liga Juara-Juara Eropah pada musim 2018/19 dan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim berikutnya.

Penyerang berkenaan menjadi pemain baharu ketiga Bayern pada musim ini, selepas ketibaan dua pemain Ajax Amsterdam, Ryan Graven-berch dan Noussair Mazrouai.