Saturday, 25 June 2022

Perak bawa 3 'awang' import baharu, mampu baiki kedudukan dalam saingan Liga Premier

  • Published in Sukan

PERAK, 22 Jun - Kehadiran tiga pemain import baharu dilihat mampu membantu Perak FC memperbaiki kedudukan mereka dalam saingan Liga Premier musim ini, malah tidak mustahil dapat memastikan pasukan itu kembali ke saingan Liga Super musim depan.

Keyakinan itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif Sementara kelab tersebut, Bobie Farid Shamsudin ketika majlis memperkenalkan ketiga-tiga import terbaharu berkenaan di Ipoh.

Menurut Bobie, beliau berharap kehadiran mereka dapat menambah kekuatan skuad kendalian Yusri Che Lah itu yang kebanyakkanya dibarisi ramai pemain muda ketika ini.


(Dua dari tiga pemain yang di import Perak)

"Kalau nak ikutkan kita yakin naik ke Liga Super kalau kita tak yakin naik ke Liga Super kita ambil player import ini buat apa kalau setakat Liga Premier je rasanya dia tidak mendatangkan apa-apa nilai kepada kumpulan macam saya cakap tadi kita lebih tengok kepada masa depan," katanya.

Tiga pemain tersebut adalah Stipe Plazibat, 32 tahun yang akan bermain di posisi penyerang dan dua pemain tengah, Luciano Guaycochea, 30 tahun dan Sunday Kolawale Afolabi, 22 tahun.

Masing-masing dari Croatia, Argentina dan Nigeria.

The Bos Gaurus kini menyasarkan untuk berada pada kedudukan lima teratas Liga Premier serta layak beraksi pada saingan Piala Malaysia musim ini.