Sunday, 26 June 2022

Perebutan kejuaraan Tenis Wimbledon bermula

  • Published in Sukan

LONDON, 22 Jun- Novak Djokovic dan Rafael Nadal mengetuai pemburuan kejuaraan di Wimbledon.

Djokovic membida gelaran ketujuh di All England Club untuk menyamai pencapaian pemain hebat Amerika Syarikat Pete Sampras.

Manakala Nadal, masih segar daripada kemenangan ke-14 Terbuka Perancis sudah pasti mahu mengulangi kejayaan di Wimbledon yang dilakarnya pada 2008 dan 2010.

Sementara itu, buat pertama kali sejak penampilan sulungnya pada 1999, Roger Federer tidak akan beraksi tahun ini kerana masih melalui proses pemulihan daripada pembedahan lutut.

Turut tiada dalam senarai pemain, ialah pemain nombor dua dunia Jerman Alexander Zverev, yang mengalami kerosakan ligamen buku lali yang serius.

Sementara saingan wanita pula menyaksikan Serena Williams yang kini menghuni ranking ke 1,204 dalam jelajah WTA menjadi tumpuan utama dan disebut-sebut bakal menjulang trofi kelapannya di Wimbledon.

Berikut senarai bekas-bekas juara Kejohanan Wimbledon.

LELAKI

2021: Novak Djokovic (SERBIA)

2020: Kejohanan batal

2019: Novak Djokovic (SERBIA)

2018: Novak Djokovic (SERBIA)

2017: Roger Federer (SWITZERLAND)

2016: Andy Murray (GREAT BRITAIN)

2015: Novak Djokovic (SERBIA)

2014: Novak Djokovic (SERBIA)

2013: Andy Murray (GREAT BRITAIN)

2012: Roger Federer (SWITZERLAND)


WANITA

2021: Ashleigh Barty (AUSTRALIA)

2020: Kejohanan batal

2019: Simona Halep (ROMANIA)

2018: Angelique Kerber (JERMAN)

2017: Garbine Muguruza (SEPANYOL)

2016: Serena Williams (AMERIKA SYARIKAT)

2015: Serena Williams (AMERIKA SYARIKAT)

2014: Petra Kvitova (REPUBLIK CZECH)

2013: Marion Bartoli (PERANCIS)

2012: Serena Williams (AMERIKA SYARIKAT)

 


(Pemain tenis wanita Amerika Syarikat, Serena Williams)
FOTO AFP