Saturday, 25 June 2022

Piala Asia B23: Fokus untuk saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun -FAM

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 27 Mei- Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak mahu pemain negara terus dibayangi kegagalan di Sukan SEA baru-baru ini.

Beliau yakin skuad di bawah kendalian Brad Maloney itu mampu melakar keputusan baik sekiranya kekal fokus dan mempamerkan kesungguhan tinggi dalam saingan di Tashkent, Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun ini.

Tegasnya, kejohanan Piala Asia Bawah 23 Tahun adalah misi sebenar skuad muda negara selepas menggalas cabaran di Hanoi, Vietnam.

Menurut Datuk Hamidin, pemain perlu tampil lebih baik memandangkan kejohanan pentas Asia ini lebih mencabar.

(Datuk Hamidin Mohd Amin bersama skuad Harimau Malaya B23 / FAMalaysiaOfficial)

Hamidin berharap skuad Harimau Muda negara akan berjuang habis-habisan hingga titisan keringat yang terakhir dalam kejohanan berkenaan.

Skuad negara akan berlepas ke Uzbekistan Ahad ini sebelum memulakan kempen Kumpulan C berdepan Korea Selatan pada 2 Jun, Thailand, 5 Jun dan Vietnam pada 8 Jun.

Kali terakhir Malaysia memenangi ‘ibu segala pingat’ Sukan SEA adalah pada edisi 2011 di Indonesia.