Saturday, 25 June 2022

347 pemanah IPT 'berkampung' di UniSZA, buru kejuaraan sulung Kejohanan Memanah Terbuka IPT

  • Published in Sukan

KUALA NERUS, 26 Mei- Seramai 347 pemanah daripada Institusi-Institusi penganjian tinggi seluruh negara berkampung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bagi memburu kejuaraan sulung dalam Kejohanan Memanah Terbuka IPT 2022.

Objektif utama kejohanan anjuran Kementerian Penganjian Tinggi (KPT) itu adalah untuk memperkasakan semangat kesukanan dalam kalangan penuntut IPT awam dan swasta.

Sebanyak empat acara dipertandingkan dalam kejohanan tersebut iaitu melibatkan Lelaki Compound, Wanita Compound, Lelaki Recurve dan Wanita Recurve.

(Pengarah Kejohanan Memanah Terbuka IPT 2022, Suhardi Abdullah)

Pengarah Kejohanan, Suhardi Abdullah berkata, kejohanan itu mampu menjadi medan persiapan terbaik buat pemanah yang bakal menyertai Sukan Universiti ASEAN di Thailand, Julai depan.

"Objek utamanya adalah sebagai platform bagi persediaan atlet IPT memandangkan di peringkat KPT juga persiapan sedang dijalankan bagi mempersiapkan pasukan ke Sukan Universiti ASEAN," katanya.

Kejohanan lima hari yang bakal berakhir 29 Mei ini itu turut hadiah keseluruhan RM7,800.