Saturday, 25 June 2022

Rafael Nadal terus cemerlang dalam tenis Terbuka Perancis

  • Published in Sukan

PARIS, 26 Mei- Raja gelanggang tanah liat, Rafael Nadal mempamer aksi cemerlang apabila mencatat kemenangan ke-300 dalam kariernya pada kejohanan Grand Slam selepas menyingkirkan cabaran pemain tuan rumah, Corentin Moutet 6-3, 6-1, 6-4, sekali gus mara ke pusingan ketiga Terbuka Perancis.

Nadal sebelum ini merangkul 13 trofi di Roland Garros dalam 21 koleksi kejuaraan Grand Slamnya.

Meskipun menjangkau usia 36 tahun, bintang Sepanyol tersebut beraksi dengan baik di atas permukaan gelanggang kegemarannya itu, sekali gus mencerahkan peluangnya meraih kejuaraan ke-13.

Selepas ini Nadal dijadual berdepan pilihan ke-26 dari Belanda, Botic van de Zandschulp (ZAN-SKHERP) di pusingan ketiga dan berpotensi bertemu dengan pemain nombor 1 dunia, Novak Djokovic jika mara ke suku akhir nanti.

(Aksi Rafael Nadal ketika bertemu pemain tuan rumah, Corentin Moutet /AFP)

Sementara itu, bintang Serbia, Novak Djokovic memulakan kempen mempertahankan gelaran Terbuka Perancis dengan kemenangan bergaya 6-2, 6-3, 7-6 ke atas Alex Molcan dari Slovakia di pusingan kedua.

Pemain nombor 1 dunia itu kini dalam misi menyamai rekod 21 gelaran Grand Slam yang dicipta Rafael Nadal.

Beliau yang kini sudah berusia 35 tahun, dilihat tidak berdepan masalah mengatasi lawannya di ranking ke-38 dunia itu dalam straight sets.

Dia yang diletakkan sebagai pilihan utama dijadual berdepan pemain ranking ke-43 dunia, Aljaz Bedene dari Slovenia di pusingan ketiga. -AFP