Saturday, 25 June 2022

Mbappe terima gaji 1.5 juta euro seminggu, pemain paling kaya di dunia

  • Published in Sukan
PARIS, 22 Mei - Bintang sensasi Perancis, Kylian Mbappe bakal menjadi pemain menerima gaji paling lumayan dalam sejarah dunia selepas bersetuju menyambung kontrak bersama Paris St Germain (PSG).

Pengumuman itu dibuat Mbappe malam tadi, sekali gus menamatkan kontroversi perebutannya di antara kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid dan juara Ligue One tersebut.

Mbappe dilaporkan menerima gaji 100 juta euro setahun bersamaan dengan 1.5 juta euro seminggu.

Dia yang kontraknya bakal berakhir 30 Jun depan, bersetuju menyambung komitmen baharu di PSG sehingga 2025.

(FOTO AFP)

Mbappe sebelum ini dilaporkan bersetuju menyertai Real secara percuma sebaik sahaja kontraknya dengan PSG berakhir.

Bagaimanapun, presiden PSG, Nasser Al Khelaifi nampaknya berjaya memujuk pemain berusia 23 tahun itu terus kekal di Paris.

Bintang Mbappe mula menyinar setelah dia membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018.

PSG membelinya dari kelab Monaco pada 2017 dengan harga 180 euro, sekali gus menjadi pemain kedua termahal di dunia selepas Neymar yang berhijrah dari Barcelona dengan harga 222 juta euro.