Monday, 27 June 2022

Misteri ketiadaan Syazwan bersama KDA FC terungkai, alami jangkitan kuman pada paru-paru

  • Published in Sukan

ALOR SETAR, 17 Mei- Ketiadaan pemain lincah, Mohd Syazwan Zainon bersama Kedah Darul Aman, KDA FC sejak April lalu akhirnya terungkai apabila pemain itu disahkan mengalami masalah kesihatan.

Pemain itu menjelaskan beliau terkena jangkitan kuman pada paru-paru sebelum hari raya Aidilfitri.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana keadaannya kini sudah semakin baik, selain telah pulih sehingga 80 peratus.

Sementara itu, rata-rata peminat dan beberapa bekas pemain skuad Kenari mendoakan semoga pemain itu cepat sembuh dan kembali beraksi bersama rakan sepasukan.

Mohd Syazwan, antara pemain utama yang mempamerkan aksi cemerlang pada awal saingan Liga Super sehingga membantu KDA FC berada di kedudukan dua teratas liga.

Malam ini, KDA FC yang berada di kedudukan ketiga liga akan beraksi menentang pasukan tangga kedua, Negeri Sembilan FC di Stadium Darul Aman.


(Ketibaan pasukan KDA FC di Stadium Darul Aman bagi beraksi menentang Negeri Sembilan FC, malam ini)