Monday, 27 June 2022

Dijangkiti COVID-19, Mike bangkit sebelum raih emas Sukan SEA

  • Published in Sukan

(Atlet bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah ditemu bual Berita RTM selepas tiba dari Hanoi, Vietnam) 

SEPANG, 17 Mei - Kekuatan mental mengatasi segala-galanya bagi atlet bina badan kebangsaan yang juga juara dunia empat kali, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah.

Ia apabila beliau hampir terlepas aksi Sukan SEA akibat dijangkiti COVID-19 sejurus tiba di Hanoi.

Ekoran itu Mohd Syarul terpaksa melakukan ujian PCR beberapa kali sebelum dibenarkan beraksi bagi kategori Atheltic Physique sekali gus menghadiahkan pingat emas untuk negara.


(Atlet bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah memenangi pingat emas Sukan SEA Hanoi)

"Tapi sebelum pertandingan itu saya memang dah kena dua kali kuarantin kerana positif COVID-19 semua dan buat ujian PCR, semua negatif dan akhirnya mereka lepaskan saya selepas dua hari, saya memang tertekan sedikit masa itu tapi saya boleh, sekurang-kurangnya mental saya kuat mengatasi cabaran mendapat pingat emas ini," kata beliau ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas tiba dari Hanoi, di sini.

Selepas ini Mohd Syarul atau panggilan mesranya Mike akan membuat persiapan bagi kejohanan bina badan di Maldives pada Julai depan serta kejohanan bina badan dunia yang dijangka berlangsung pada November atau Disember depan.