Monday, 27 June 2022

Kalah kepada Newcastle, peluang Arsenal ke Liga Juara-Juara Eropah tipis

  • Published in Sukan

(FOTO AFP)

UNITED KINGDOM, 17 Mei - Kemarau aksi Liga Juara-Juara Eropah bagi Arsenal hampir pasti memasuki musim keenam.

The Gunners kekal di tangga kelima Liga Perdana Inggeris setelah tewas 0-2 kepada Newcastle United.

Keputusan itu menyaksikan Tottenham Hostpur yang menduduki tangga keempat, kekal dua mata mendahului skuad bimbingan Mikel Arteta itu.


(Pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny (kanan) bersaing dengan pemain tengah Newcastle
United, Bruno Guimaraes pada aksi Liga Perdana Inggeris/AFP) 

Dengan kelebihan perbezaan jaringan, Spurs secara realistiknya cuma memerlukan keputusan seri dengan pasukan tercorot, Norwich City untuk memastikan kedudukan empat teratas.

Kekalahan Arsenal itu juga mengesahkan Chelsea yang menghuni tangga ketiga, layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan. -AFP