Monday, 27 June 2022

Sukan SEA Hanoi: Kedudukan Malaysia terus diasak rapat

  • Published in Sukan

HANOI, 17 Mei- Sukan SEA edisi ke-31 di Hanoi, Vietnam menyaksikan setakat semalam Malaysia kini berada di kedudukan ke-6 dengan pungutan pingat keseluruhan sebanyak 19 Emas, 24 Perak dan 44 Gangsa.

Semalam juga, kontinjen negara berjaya menyumbangkan tiga Emas menerusi silat, gimnastik dan olahraga.

Pesilat negara, Muhammad Khairi Adib Azhar menceriakan kem negara apabila meraih pingat emas ke-17 Malaysia dalam acara tanding kelas B Putra, 50 hingga 55 kg.

Pada aksi final tersebut, Khairi Adib mengatasi atlet dari Indonesia, Khoirudin Mustakim 50 berbalas 49.

Tuah menyebelahi Khairi selepas lawannya sebelum itu dikenakan penalti 10 mata.

Emas ke-18 negara pula hadir dari sukan gimnastik.

Atlet gimnastik artistik wanita negara, Rachel Yeoh Li Wen cemerlang mengungguli acara batang titian.

Ia merupakan pingat emas peribadi keduanya di temasya ini selepas memenangi acara palang tidak sejajar kelmarin.

Emas terakhir yang dikutip semalam adalah menerusi Lompat Bergalah Wanita.


(Atlet Lompat Bergalah Wanita negara, Nor Sarah Adi/BERNAMA)

Nor Sarah Adi mencatat lompatan setinggi 4 meter untuk menewaskan atlet Thailand dan Filipina.

Bagi acara hari ini pula, tumpuan utama kontinjen negara terarah kepada sukan memanah, badminton dan renang.