Saturday, 25 June 2022

Djokovic kekalkan rekod tanpa kalah di Terbuka Itali

  • Published in Sukan

ROM, 16 Mei- Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic meraih gelaran pertamanya dalam tempoh 6 bulan selepas menewaskan Stefanos Tsitsipas dari Greece, 6-0, 7-6 untuk menjuarai Terbuka Itali awal pagi tadi.

Aksi final tersebut diibarat seperti pertemuan ulangan Terbuka Perancis tahun lalu yang dimenangi oleh Djokovic.

Bintang Serbia berusia 35 tahun itu mengekalkan rekod tanpa kalahnya di kejohanan ini apabila menang mudah 6-0 di set pertama sebelum melengkapkan kejayaan 7-6 di set kedua.

Ini kemenangan keenam berturut-turut Djokovic ke atas Tsitsipas yang berada di ranking kelima dunia.

(Djokovic tewaskan pemain dari Greece dalam Terbuka Itali /ATP Media)

Ia juga gelaran keenamnya di Terbuka Itali dan yang pertama sejak memenangi Masters Paris, November lepas.

Djokovic turut menjadi pemain kelima dalam Era Terbuka yang berjaya mencatat kemenangan ke seribu dan dijangka menyertai saingan Grand Slam, Terbuka Perancis, minggu depan. -AFP