Monday, 27 June 2022

Sukan SEA Hanoi: Skuad badminton wanita kandas di separuh akhir

  • Published in Sukan

HANOI, 16 Mei- Hajat skuad badminton wanita negara untuk menyumbang sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam acara berpasukan nampaknya tidak kesampaian apabila tewas kepada Vietnam di suku akhir.

Pada temasya kali ini, Malaysia yang mempertaruhkan barisan muda negara tewas 1-3 kepada tuan rumah.

Pemain perseorangan pertama, Siti Nurshuhaini Azman yang dipertaruhkan untuk mengutip mata pertama negara, tewas mengejut kepada Thuy Linh Nguyen dengan 21-9, 21-8.

Malaysia kemudian ketinggalan 0-2 apabila pemain perseorangan kedua, Siti Zulaikha Azmi tunduk di tangan Thi Trang Vu 9-21,7-21.

(Aksi skuad badminton wanita menentang tuan rumah Vietnam)

Skuad wanita negara bagaimanapun berjaya merapatkan mata selepas pasangan Yap Ling dan Go Pei Kee mencatat kejayaan 12-21, 21-15, 21-16 ke atas Thi Phuong Hong-Thi Hoai Do.

Harapan negara untuk meneruskan kebangkitan bagaimanapun lebur selepas perseorangan kedua Ong Xin Yee tewas di tangan Thi Anh Thu Vu 13-21,15-21.

Hanya 8 negara bertanding dalam acara berpasukan yang mana peringkat suku akhir ditentukan menerusi undian.

Pemain negara bagaimanapun masih berpeluang menyumbang pingat apabila acara perseorangan wanita dan beregu wanita akan berlangsung 22 Mei ini.