Monday, 27 June 2022

Sukan SEA Hanoi: Harimau Muda ke separuh akhir

  • Published in Sukan

HANOI, 16 Mei- Harimau Muda layak ke separuh akhir dengan mengumpul 8 mata selepas terikat dua sama dengan Kemboja.

Malaysia yang sebelum ini mencatat 2 kemenangan dan satu seri gagal mencuri 2 mata untuk berada di tangga teratas kumpulan B.

Malaysia banyak menguasai permainan di separuh masa pertama dengan menyerang ke kubu Kemboja.

Selepas 30 minit perlawanan berlangsung, Harimau Muda dilihat masih lagi memburu gol pertama.

Namun peluang terbaik Malaysa hadir pada minit ke 32 selepas hantaran lintang Muhammad Syafik Ismail di tanduk Hadi Fayyad yang sedikit melepasi palang gol.

Sebaliknya Kemboja dihadiahkan sepakan penalti minit akhir separuh masa pertama selepas bola terkena tangan Quentin Cheng di hadapan pintu gol Malaysia.

Peluang itu mudah disempurnakan Choun Chanchav untuk menumbat gol pertama Kemboja.

(Aksi kemas skuad Harimau Malaya menentang Kemboja berjaya melayakkan Malaysia ke separuh akhir)

Bersambung babak kedua anak-anak buah Jurulatih, Brad Maloney terus memberikan tekanan kepada Kemboja sehingga memaksa pemain pertahanan Taing Bunchhai menjatuhkan Muhammad syafik Ismail.

Susulan itu Malaysia dihadiahkan penalti yang disempurnakan Hadi Fayyad untuk mengikat 1-1 minit ke 51.

Namun, 11 minit kemudian Kemboja menyamakan kedudukan 2-1 jaringan Narong Kakada yang bijak melepasi pertahanan Malaysia.

Tersentak dengan itu Malaysia menggandakan asakkan, dan berjaya mendapat gol penyamaan 2-2 jaringan sekali lagi merusi Hadi Fayyad minit ke 68 yang kekal hingga akhir perlawanan.

Malaysia dijadual menentang Vietnam atau Indonesia di separuh akhir.