Monday, 27 June 2022

Sukan SEA Hanoi: Rachel Yeoh beraksi cemerlang

  • Published in Sukan

HANOI, 16 Mei- Atlet gimnastik artistik wanita negara, Rachel Yeoh Li Wen cemerlang apabila meraih emas kedua peribadi menerusi acara batang titian.

Sebelum ini Rachel telah meraih pingat emas pertama dalam acara palang tidak sejajar.

Pada aksi yang berlangsung di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Rachel berjaya melaksanakan disiplin berkenaan dengan sempurna meniti diatas batang Ttitian dengan catatan 12.567.

Pingat Perak menjadi milik atlet Indonesia Rifda Irfanaluthfi dan atlet Singapura, Nadine Joy Nathan meraih gangsa.

(Aksi Rachel Yeoh pada gimnastik artistik di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi)

Kemenangan ini memastikan pingat emas bagi acara berkenaan kekal dengan atlet negara selepas Tracie Ang memenanginya pada edisi 2019.

Rachel turut berpeluang menambah koleksi pingat kerana turut beraksi bagi disiplin senaman lantai.

Sementara dalam acara melombol lelaki, gimnas negara, Muhammad Sharul Aimy sekadar menamatkan saingan kedudukan keenam.

Juga turut terkandas, Luqman Al Hafiz dan Ng Chun Chen yang masing masing menamatkan saingan dikedudukan enam dan lapan dalam dispin palang sejajar.