Thursday, 26 May 2022

Sukan SEA Hanoi 2021 : Emas ke-13 untuk Malaysia oleh Jackie Wong

  • Published in Sukan

HANOI, 14 Mei - Atlet lontar tukul besi negara, Jackie Wong Siew Cheer berjaya mendapatkan pingat Emas ke-13 untuk kontinjen negara.

Jackie berjaya menewaskan musuh tradisinya dari Thailand Kittipong Boonmawan yang sebelum merangkul emas pada sukan SEA Filipina.


(Jackie Wong Siew Cheer jaguh lontar tukul besi negara berjaya mendapatkan pingat Emas di sini)

Jackie mengumpul mata tertinggi di balingan terakhir dengan 66.29 mata meninggal wakil Thailand yang mengumpul 64.55.

Dalam acara yang sama, seorang lagi wakil negara, Sadat Marzuki Ajisan turut tidak mengecewakan apabila meraih gangsa dengan kutipan mata tertinggi 58.86.