Thursday, 26 May 2022

Sukan Sea Hanoi 2021 : Wushu tambah dua emas satu perak

  • Published in Sukan

HANOI, 13 Mei - Skuad wushu negara hari ini turun ke gelanggang dengan menghadirkan keceriaan buat kontijen Malaysia di Sukan Sea Hanoi 2021 apabila menyumbang dua pingat emas dan satu pingat perak.

Emas kesepuluh hadir menerusi acara Toulu Changquan lelaki apabila Clement Ting Su Wei mencatat mata tertinggi 9.70 untuk meraih emas, manakala wakil Singapura Jowen Si Wei Lim, puas hati dengan pingat perak.

Sementara emas acara ini menjadi milik Seraf Naro Siregar dari Indonesia.

Dalam acara Toulu Taijiquan lelaki lelaki pula, aksi lemah gemalai yang dipamerkan Tan Zhi Yan berjaya memikat juri dengan memungut 9.71 mata untuk muncul juara.

Pingat perak milik Filipina sementara gangsa, Singapura.

Skuad wushu turut merangkul sebutir perak menerusi acara Toulu Nandao lelaki.

Pingat sumbangkan Calvin Lee Wai Leong manakala emas acara ini dimenangi wakil tuan rumah Quoc Khanh Pham.


(Tan Zhi Yan menyumbang emas ke-11 untuk kontinjen negara menerusi acara Toulu Taijiquan)


(Kem wushu turut meraih sebutir perak menerusi Calvin Lee Wai Leong dalam acara Toulu Nandao lelaki)