Tuesday, 17 May 2022

KBS setuju menaikkan elaun pemenang pingat Sukan SEA

  • Published in Sukan

KUALA LUMPUR, 26 Januari- Kementerian Belia dan Sukan bersetuju menaikkan elaun atlet kebangsaan dalam Program Majlis Sukan Negara.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, perubahan elaun bagi pemenang pingat perak dan gangsa bagi Sukan SEA itu akan berkuatkuasa serta merta.

"Elaun pemenang pingat perak dinaikkan kepada RM1,500 ringgit manakala gangsa akan menerima RM1,000.

"Manakala, bagi pemenang pingat emas pula kekal menerima elaun sebanyak RM2,000," jelasnya dalam satu sidang media di ibu negara.

Sebelum ini, pemenang pingat perak dan gangsa Sukan SEA dilaporkan bakal menerima RM800 menerusi penyelarasan semula elaun yang diumumkan oleh MSN pada awal Januari ini.