Tuesday, 17 May 2022

Lapan penjawat awam catat nama dalam Malaysia Book of Records, Acara kayuhan galak penjawat awam bersukan - KSN

  • Published in Sukan



SEPANG, 25 Januari- Lapan anggota perkhidmatan awam mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records menerusi program Kayuhan Basikal Berkumpulan Paling Lama.

Kesemua mereka berjaya menamatkan kayuhan basikal berkumpulan selama 24 jam dengan jumlah 131 pusingan di trek Litar Antarabangsa Sepang pada jarak keseluruhan 726.13 kilometer.

Program anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia, (MAKSAK) berkenaan bermula jam 7.04 pagi semalam, ditamatkan secara rasmi kira-kira jam 8.04 pagi tadi merupakan p

Ia diketuai Pengarah Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Dr Norhasmat Abdul Aziz serta pegawai dan anggota dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Majlis Penyampaian sijil pengiktirafan disempurnakan Ketua Setiausaha Negara (KSN) ,Tan Sri Mohd Zuki Ali, merangkap Yang Di-Pertua MAKSAK.

Mohd Zuki berkata, program cabaran kayuhan berkenaan dapat menggalakkan penjawat awam terbabit aktiviti sukan.

Beliau berkata pembabitan penjawat awam dalam program julung kali dianjurkan MAKSAK dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dilihat memberi sokongan dan galakan kepada penjawat awam menceburi aktiviti sukan termasuk sukan berbasikal.

Sementara itu, Dr Norhasmat berkata, latihan menyertai cabaran itu dimulakan sejak Oktober tahun lalu.

Beliau berkata, sebagai persediaan, seminggu sebelum acara, kumpulan itu berkayuh dari Putrajaya ke Desaru di Johor membabitkan jarak kira-kira 500 kilometer dalam tempoh 15 jam.

Katanya, kumpulan itu kemudian berkayuh ke Johor Bahru dan kemudian ke Melaka.

"Semalam dan hari ini, kami semua mampu menghabiskan kayuhan sejauh 726 kilometer.

"Sukan berbasikal ini sudah menjadi trend baharu kepada rakyat Malaysia. Kami mahu tunjukkan kepada rakyat negara ini bahawa sukan berbasikal ini yang terbaik untuk kekal hidup sihat," katanya.

Dr Norhasmat berkata, beliau dan pasukannya, Cycling MAKSAK, berhasrat memasuki cabaran di Thailand.

"Saya bangga dengan penjawat awam yang membuktikan mereka mampu mengayuh basikal," katanya selepas program berkenaan, hari ini.