Tuesday, 17 May 2022

Zii Jia dapat restu tinggalkan BAM

  • Published in Sukan

FOTO Gambar Instagram Lee Zii Jia

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria akhirnya 'merestui' keputusan Lee Zii Jia untuk meninggalkan badan induk kebangsaan itu.

Mereka berjaya mengakhiri kemelut itu selepas mengadakan perjumpaan 'hati ke hati' bersama kedua ibu bapanya.

Menerusi hantaran Zii Jia dalam media sosial Instagram, beliau gembira kerana telah mencapai persefahaman bersama BAM untuk bermain sebagai pemain profesional.

Beliau turut memberikan penghargaan buat Tan Sri Norza dan BAM di atas peluang yang diberikan kepadanya untuk mewakili negara selama ini dan akan sentiasa menggangap dirinya sebagai produk BAM.

Kini, beliau akan menumpukan sepenuh perhatian kepada Kejohanan Berpasukan Asia dan berharap agar kesemua peminat sukan tanah air terus kekal memberikan sokongan kepada BAM.

Jumaat lepas, BAM mengumumkan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia dalam sebarang kejohanan selama dua tahun.

Namun begitu, Zii Jia telah menghantar rayuan kepada BAM untuk mempertimbangkan keputusan tersebut. Goh Jin Wei yang merupakan bekas juara remaja dunia dua kali turut menimpa nasib sama.