Tuesday, 17 May 2022

Claudio Ranieri dipecat sebagai jurulatih Watford

  • Published in Sukan

       FOTO: Google

                                                                               

LONDON, 25 Januari- Watford memecat ketua jurulatih, Claudio Ranieri hari ini selepas hanya tiga bulan mengemudi kelab itu.

Ini berikutan reputasi buruk yang menyebabkan kelab Liga Perdana itu berada dalam zon penyingkiran.

Perlawanan terakhir Ranieri pada Jumaat lalu tewas 3-0 di laman sendiri kepada kelab Norwich City.

"Majlis Hornets menghormati Claudio sebagai individu berintegriti dan akan sentiasa dihormati di Vicarage Road atas usahanya mengemudi pasukan," kata Watford dalam satu kenyataan.

"Baki separuh kempen Liga Perdana ini akan ada perubahan dalam jawatan ketua jurulatih yang akan diberikan masa secukupnya bagi mencapai sasaran untuk mengekalkan status di Liga Perdana."

Watford kini di kedudukan ke-19 selepas tujuh kekalahan dan satu seri dalam lapan aksi terakhir.

Untuk rekod, Ranieri, 70, mengambil alih pasukan pada Oktober selepas Xisco Munoz meninggalkan kelab itu selepas mengetuai tujuh aksi liga dan Watford di kedudukan ke-14. -REUTERS