Friday, 27 May 2022

Golf Jelajah PGA American Expres, Cantlay gah selaku pendahulu selepas pusingan kedua

  • Published in Sukan

FOTO AP



CALIFORNIA, 22 Januari- Pemain Amerika Syarikat, Patrick Cantlay muncul pendahulu pada aksi pusingan kedua Golf Jelajah PGA American Express.

Cantlay mencatat keseluruhan 14 di bawah par, 130 pukulan untuk berada di tangga teratas kedudukan pemain ketika ini.

Pada aksi hari kedua, Cantlay menamatkan saingan dengan catatan 4 di bawah par 68 pukulan sekali gus membolehkan dia mendominasi lapangan di La Quinta Country Club.

Saingan turut menyaksikan Cantlay berjaya melakukan enam Birdie selain dapat mengelak daripada melakukan lebih daripada dua bogey.

Pada aksi pusingan ketiga, hari ini Cantlay perlu mengekalkan prestasi semasa untuk elak daripada dipintas pencabar utamanya, Tom Hoge serta Will Zalatoris .-AP