Monday, 16 May 2022

Tenis Terbuka Australia: Azarenka jinakkan Svitolina, mara ke pusingan 16 terakhir

  • Published in Sukan

MELBOURNE, 22 Januari - Tenis Terbuka Australia, juara dua kali, Victoria Azarenka beraksi cemerlang ketika menundukkan bekas pemain nombor 4 dunia, Elina Svitolina 6-0, 6-2 di pusingan ketiga, sekali gus menjamin slot ke pusingan 16 terakhir.

Turun selaku pilihan ke-24, Azarenka tidak memberi banyak ruang kepada lawannya dari Ukraine itu untuk menang dalam masa satu jam.

Pemain berusia 32 tahun itu sebelum ini pernah memenangi gelaran Terbuka Australia pada 2012 dan 2013.

Kejayaan itu menyaksikannya bakal berdepan Barbora Krejcikova dari Republik Czech di pusingan berikutnya.

Sementara Svitolina pula yang mara sehingga ke suku akhir pada edisi 2018 dan 2019, terpaksa melupakan misinya untuk merangkul gelaran pertama di Melbourne.