Monday, 16 May 2022

Algeria tersingkir dari Piala Negara Afrika

  • Published in Sukan

FOTO AFP



Douala, 21 Januari- Penyandang juara Piala Negara-Negara Afrika, Algeria dimalukan dengan kekalahan teruk 3-1 menentang Ivory Coast sekaligus tersingkir daripada kejohanan itu.

Franck Kessie, Ibrahim Sangare dan pemain Arsenal Nicolas Pepe menjaringkan gol untuk Ivory Coast pada aksi yang berlangsung di ibu kota Cameroon itu.

Perlawanan turut menyaksikan bintang Manchester City Riyad Mahrez terlepas sepakan penalti untuk Algeria, juara edisi 2019.

Sofiane Bendebka akhirnya mencetak satu gol untuk Algeria namun, sudah terlambat buat pasukan Djamel Belmadi itu.

Ini adalah kali kelima dalam enam edisi terakhir kejohanan berkenaan juara bertahan gagal layak ke pusingan kalah mati, tetapi Algeria tampil sebagai juara bertahan paling merosot.

Algeria sekadar menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga tercorot dengan hanya satu mata hasil keputusan seri menentang Sierra Leone. - AFP