Friday, 27 May 2022

Rali Dunia, Ogier kekal pendahulu

  • Published in Sukan

FOTO AFP



MONTE CARLO, 21 Januari- Juara dunia 8 kali, Sebastien Ogier muncul pendahulu keseluruhan selepas dua peringkat perlumbaan Kejuaraan Rali Dunia di Monte Carlo awal pagi tadi.

Pemandu pasukan Toyota itu mencatat kemenangan dalam dua saingan tersebut dengan mengatasi seorang lagi juara dunia, Sebastien Loeb.

Dengan menggunakan enjin hybrid era baharu Toyota, Ogier mencatat masa 6.7 saat lebih pantas daripada Loeb yang memandu buat pasukan Ford pada saingan sebelah malam.

Rakan sepasukannya di Toyota, Elfyn Evans pula di tempat ketiga dengan ketinggalan 11.2 saat.

Loeb yang beraksi di Monte Carlo atas tiket jemputan, memenangi 9 gelaran rali dunia bermula 2004 hingga 2012 manakala Ogier pula hanya memenangi 8 gelaran dalam masa 9 tahun terakhir.

Perlumbaan di Monte Carlo ini merupakan saingan pembuka musim bagi Kejuaraan Rali Dunia 2022.- AFP