Friday, 27 May 2022

Ravichandran teruskan misi daki Gunung Everest Mei depan

  • Published in Sukan


KUALA LUMPUR, 19 Januari- Pemegang Malaysia Book of Record Ravichandran Tharumalingam sekali lagi akan meneruskan misi mendaki Gunung Everest.

Kali ini, misi beliau akan berlangsung pada Mei ini selepas kali terakhir melakukannya pada 2017.

Menurut Ravi pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menjayakan ekspedisi kali ini.

"Selalunya kami akan ke puncak pada pertengahan Mei sehinggalah minggu pertama Julai, ini kerana pada pertengahan Mei cuaca sudah mula bergerak daripada musim sejuk ke musim panas.

"Musim panas akan berlaku pada minggu pertama Jun yang mana cuaca berubah kepada hujan dan monsun akan datang," jelasnya kepada pemberita dalam sidang media di ibu negara.

Ekspedisi itu akan berlepas ke Kathmandu, Nepal pada penghujung Mac 2022 bagi tujuan persiapan sebelum melakukan pendakian.