Tuesday, 17 May 2022

Skuad kriket wanita tewas kepada Scotland

  • Published in Sukan


KUALA LUMPUR, 19 Januari- Skuad wanita negara tewas dalam aksi menentang Scotland dalam kempen Kelayakan Sukan Komanwel 2022 Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) yang berlangsung secara gelembung sukan, hari ini.

Itu merupakan kekalahan kedua pasukan negara selepas kecundang kepada Bangladesh, semalam.

Berlangsung di Kinrara Oval di Puchong, skuad kriket wanita negara tewas dengan 20 wiket dalam perlawanan yang berlangsung sengit.

Sepanjang aksi, pasukan negara memberikan tentangan sengit kepada pasukan lawan sebelum Scotland mengesahkan kemenangan menerusi 31 larian.

Semalam pasukan negara memulakan kempen kelayakan dengan langkah kiri selepas tewas lapan wiket menentang Bangladesh.

Selepas ini Malaysia dijadual menentang Sri Lanka pada Sabtu.