Friday, 27 May 2022

Tiga pemain baharu dari Sepanyol sertai JDT

  • Published in Sukan


KUALA LUMPUR, 19 Januari- Menjelang kempen Liga Malaysia 2022, Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal menandatangani tiga pemain baharu dari Sepanyol bagi memperkuat skuad itu untuk saingan musim ini.

Tiga pemain tersebut bakal diperkenalkan oleh JDT pada esok.

Menurut Pengarah Teknikal JDT Alistair Edwards, pemain terbabit juga akan membantu skuad itu dalam saingan Liga Juara-Juara AFC.

"JDT akan mengumumkan dua pemain baharu esok manakala pemain ketiga akan menyertai skuad di Dubai, Emiriah Arab Bersatu untuk pramusim," jelasnya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi JDT hari ini.

Minggu lepas, skuad Harimau Selatan mengumumkan penyertaan pemain import baharunya iaitu Fernando Forestieri, yang sebelum ini beraksi dalam Liga Serie A Itali, selain kemasukan bekas pemain Selangor Syahmi Safari.