Tuesday, 17 May 2022

Zii Jia berhasrat tinggalkan BAM

  • Published in Sukan

 

KUALA LUMPUR, 19 Januari - Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia sah ingin meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Perkara itu dimaklumkan Presiden BAM, Tan Sri Norza Zakaria yang telah menerima surat mengenai hasrat pemain berusia 23 itu.

Jelas Norza, BAM telah mengadakan beberapa siri pertemuan bersama Zii Jia sejak pemain itu menyerahkan surat penarikan diri pada 11 Januari lalu.

Namun juara Seluruh England itu tetap dengan pendirian ingin mengatur sendiri perjalanan karier beliau.

"Tetapi walau apa pun seperti yang saya kata kita ada peraturan kita, kita ada prosedur kita, kita tentu rasa kecewa, tapi kekecewaan itu mungkin saya sebagai peribadi, sebagai presiden, tapi akhirnya majlis itu sebagai institusi akan membuat keputusan dan keputusan itu akan disampaikan Jumaat ini," kata Norza dalam sidang media, di sini.

Menurut beliau, BAM akan mengadakan satu sidang media mengumumkan keputusan itu pada Jumaat, pukul 4 petang.

Keputusan itu akan diumumkan Timbalan Presiden, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos.