Tuesday, 17 May 2022

Tenis Terbuka Australia: Rafael Nadal mara ke pusingan ketiga

  • Published in Sukan

MELBOURNE, 19 Januari- Bekas pemain nombor satu dunia, Rafael Nadal menepati ramalan apabila tidak berdepan masalah melangkah ke pusingan ketiga kejohanan.

Dalam aksi pusingan kedua hari ini, Nadal menang dengan keputusan 6-2, 6-3, 6-4 menewaskan lawan dari Jerman, Yannick Hanfmann.

Pemenang 20 kali Grand Slam itu dilihat memulakan aksi dengan tenang biarpun berdepan aksi agresif daripada Hanfmann.

Sewaktu perlawanan tersebut Hanfmann lebih banyak melakukan pukulan Axe namun beberapa kesilapan dilakukannya membolehkan Nadal mendominasi saingan.

Pada aksi pusingan ketiga, Nadal dijadual bertemu sama ada Karen Khachanov dari Rusia atau pemain Perancis, Benjamin Bonzi. - AFP