Logo

Pasukan sepak takraw sedia hadapai Sukan SEA Hanoi


KUALA LUMPUR, 19 Januari- Sembilan pemain dipanggil bagi menyertai pemilihan skuad sepak takraw negara dalam fasa mempersiapkan pasukan terkuat menjelang Sukan SEA Vietnam, Mei depan.

Kesemua mereka akan membentuk 21 pemain secara keseluruhan dan bakal menjalani pemilihan sebelum 12 pemain terbaik dipilih mewakili negara bagi membawa cabaran di Hanoi.

Jurulatih sepak takraw negara, Khairudin Adenan memaklumkan, para pemain dipilih selepas persembahan memberangsangkan dalam Liga Sepak Takraw (STL) musim ini.

"Resepi yang cuba digunakan kali ini adalah adunan antara tenaga pemain baharu dengan pengalaman pemain sedia ada bagi menghasilkan pasukan yang matang dan mampan,

"Saya tidak menolak kemungkinan beberapa pemain senior bakal digugurkan termasuk tekong, Hairul Hazizi Haidzir yang kini bergelut dengan kecederaan," jelasnya.

Antara yang dipanggil termasuk Redwan Hakim (KL Thunder) Eqbal Shamsudin (Kelantan Warriors) Nik Muhammad Afiq Mazlan (Kelantan Warriors) Zulhusni Basri (Penang Black Panthers) dan Haziq Hairul Nizam (Selangor Pistons).

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.