Tuesday, 17 May 2022

Real Madrid julang Piala Super Sepanyol

  • Published in Sukan

FOTO AFP



RIYADH, 17 Januari- Real Madrid memenangi Piala Super Sepanyol selepas menewaskan Athletic Bilbao 2-0 pada Ahad, hasil jaringan Luka Modric dan Karim Benzema .

Penyudah lencong Modric pada penghujung separuh masa pertama dan jaringan Benzema pada awal babak kedua mengesahkan kemenangan buat Real Madrid, yang merangkul trofi pertama mereka bersama jurulatih Carlo Ancelotti.

Modric menjadi penjaring tertua berusia 36 tahun dalam sejarah Piala Super Sepanyol

Kemenangan Real Madrid itu memberikan gelaran ke-21 buat pengendali Ancelotti dalam karier pengurusannya dan kelima bersama gergasi Sepanyol itu.

“Ia adalah dorongan, dorongan untuk terus maju,” kata Ancelotti.

"Kami tidak mempunyai banyak masa untuk berfikir kerana satu lagi pertandingan akan datang," katanya lagi.

Pengendali berusia 62 tahun itu pernah membantu Real Madrid memenangi gelaran Liga Juara-Juara Eropah ke-10 pada tahun 2014.

Malah pernah memenangi Piala Raja Sepanyol, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab bersama Real Madrid sehingga tahun 2015.

Beliau hanya perlu memenangi La Liga untuk menjadi pengendali pertama dalam sejarah kelab memenangi kesemua enam trofi utama ditawarkan.

Ancelotti turut memenangi tiga trofi bersama Bayern, satu bersama Paris Saint-Germain, tiga dengan Chelsea, lapan bersama Milan dan satu dengan Juventus.-AFP