Tuesday, 17 May 2022

KDA FC 'rancak' persiap pasukan, dua lagi pemain import baharu bakal tiba

  • Published in Sukan

ALOR SETAR, 17 Januari - Selepas mengumumkan tiga pemain import menyarung jersi Hijau Kuning.

Kedah Darul Aman, KDA FC bakal memperkenalkan dua lagi pemain import baharu yang telah menyatakan persetujuan menyertai kelab berkenaan.

Bagaimanapun, nama pemain tersebut masih dirahsiakan pihak pengurusan.

Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali berkata kehadiran kedua-dua pemain tersebut yang beraksi di posisi serangan dan pertahanan tengah memberi peluang kepada barisan kejurulatihan untuk merencana strategi serta taktikal baharu.

Ia sekali gus menjadi tonik terbaik untuk mengharungi saingan liga tempatan dan Asia yang bermula tidak lama lagi.

"Dua lagi pemain import yang telah pun kita tandatangani tu adalah yang tidak pernah beraksi lagi di Liga Malaysia dan diorang beraksi di liga-liga besar, Jordan, Norway, 'Spain' dan kita harap beliau akan jadi nilai tambah kepada pasukan KDA FC 2022 dan menjadi satu rangsangan kepada pemain-pemain tempatan kita untuk lebih bersemangat insya-allah,"Khamal Idris bercakap kepada RTM selepas menghadiri sesi dialog bersama Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar bersama wakil kelab penyokong bola sepak Kedah di sini.

Setakat ini, bekas penyerang import Sabah FC, Dennis Buschening; pemain tengah dari Ivory Coast, Dechi Marcel N'guessan; dan pertahanan dari Korea Selatan, Jang Suk Won telah diumumkan sebagai pemain import baharu pasukan KDA FC bagi musim 2022