Friday, 27 May 2022

Putera Adam Rangkul Gelaran Juara Karting Malaysia 2021

  • Published in Sukan

SEPANG, 17 Januari - Pelumba muda negara, Putera Adam Halim Muazzam menepati ramalan apabila muncul juara keseluruhan kategori senior kejuaraan Karting Malaysia 2021 di Litar Go Kart Sepang.

Putera Adam merangkul gelaran itu selepas mengumpul 522 mata.

Pada perlumbaan sirkit ke-7, Putera Adam yang mewakili pasukan IS Racing dan bermula dari petak pertama berjaya menewaskan 15 pelumba lain dengan catatan masa 16 minit 22 saat.

"Cabaran terbesar yang saya fikir ialah cuba untuk mengekalkan konsisten dan setiap perlumbaan kini kami terpaksa mempercepatkan tetapi hal itu tidak melakukan kesilapan dan konsisten dalam setiap perlumbaan," kata Putera Adam ditemui selepas perlumbaan.

Jelas , Putera Adam,16, melahirkan rasa gembira dengan kejayaannya itu kerana ia menepati sasaran sebelum ini.

“Kejayaan ini sedikit sebanyak memberi motivasi untuk saya terus berusaha dan berjaya dalam perlumbaan lain.

“Tumpuan pada kejohanan seterusnya adalah fokus kepada aksi konsisten pada setiap perlumbaan,” katanya

Putera Adam sebelum ini pernah mencipta sejarah menjadi pemandu go kart pertama negara menaiki podium dua kali berturut-turut di kejohanan WSK Super Master Series di Itali pada tahun 2017.

Karting Malaysia 2021 anjuran Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) melibatkan tujuh pusingan