Tuesday, 17 May 2022

'Messi Kedah' ke Pantai Timur

  • Published in Sukan


KUALA LUMPUR, 16 Januari -
Bekas pemain lincah Kedah, Farhan Roslan menyertai Kelantan FC bagi musim kali ini.

Farhan yang cukup dikenali dengan jolokan "Messi Kedah" menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama pasukan pantai timur itu.

Kelantan FC melalui laman Facebook rasmi pasukan berkata, ketangkasan mengawal bola dimiliki Farhan akan menjadi aset buat The Red Warriors.

Ini bakal menyaksikan penyatuan kembali tiga bekas pemain Kedah iaitu Farhan Roslan, Khairul Helmi Johari dan Osman Mohd Yusoff.

Farhan yang kini berusia 25 tahun mula menempa nama bersama Kedah FC sejak berusia 18 tahun lagi.

Beliau pernah beraksi dalam Liga Futsal Kebangsaan mewakili pasukan futsal Kedah pada tahun 2013 sebelum bersama skuad utama Kedah.

Farhan berjaya menjaringkan enam gol sepanjang 64 penampilan bersama kedah dan melakar satu jaringan sepanjang LAPAN penampilan bersama Perak FC.