Tuesday, 17 May 2022

MUFC rombak skuad, fokus tambah baik prestasi dan momentum pasukan

  • Published in Sukan

FOTO FB MUFC

AYER KEROH, 16 Januari - Skuad bola sepak Melaka United FC (MUFC) akan dirombak semula dengan fokus menambah baik prestasi dan momentum pemain serta jurulatih.

Ketua Pegawai Eksekutif MUFC, Datuk Justin Lim berkata untuk itu teka teki siapa yang akan membarisi skuad Sang Kancil itu akan diketahui sebelum Tahun Baharu Cina nanti.

"Buat masa ini kita sedang melakukan persiapan majlis pengenalan barisan pemain dan ramai yang bertanya siapakah ketua jurulatih yang baru."

"Kami akan ketengahkan pada masanya nanti, sama ada minggu depan atau hujung minggu, mungkin sebelum Tahun Baharu Cina," katanya ditemui di Ayer Keroh.

Mengulas lanjut, pihaknya kini sedang melakukan penilaian prestasi kepada semua pemain, sementara menunggu kehadiran import baru skuad itu.

Beliau yakin MUFC mampu mencapai sasaran berada di tangga terbaik liga musim 2022.