Thursday, 20 January 2022

updated 1:10 AM UTC, Jan 20, 2022

Aafiyat Group taja KDA FC

  • Published in Sukan



ALOR SETAR, 15 Januari - Persiapan pasukan Liga Super Kedah Darul Aman (KDA FC) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2022 semakin menunjukkan perkembangan positif.

Pelbagai pihak kini berminat untuk menaja pasukan gergasi dari utara tanah air itu selepas melihat kesungguhan dan komitmen ditunjukkan pengurusan pasukan.

Terbaharu Aafiyat Group kumpulan berteraskan kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan holistik menjadi syarikat korporat terbaru menaja pasukan Hijau Kuning.

Ia melibatkan jumlah tajaan mencecah hampir RM2 juta.

Presiden Aafiyat Group Aidil Azwal Zainudin berkata, ia merupakan satu peluang yang sangat baik kepada syarikat itu.

Ini kerana tajaan tersebut bukan hanya bersifat kewangan semata-mata, malah turut meliputi beberapa aspek lain yang merupakan kepakaran yang dimiliki syarikat itu.

"Antara yang kita tawarkan selain daripada kewangan, kita menawarkan fasiliti yang ada di Aafiyat bisnes centre ni atau Ampang jajar Bisnes centre ni."

"Ia memberi kemudahan kepada pemain-pemain untuk menggunapakai dan kita juga menawarkan produk yang boleh dimanfaatkan oleh pemain, kit kesihatan
dan keselamatan yang digunakan oleh pemain. "Kata Aidil selepas menerima kunjungan Penaung KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Ketua Pegawai EKsekutif KDA FC, Khamal Idris Ali di Pejabat Aafiyat Group di Ampang Business Centre, Alor Setar, Kedah.

"Dan kita juga mempunyai hubungan yang sangat rapat bersama team UITM untuk bantu "player research", "food science sport" dan sebagainya. Ia merupakan satu kesempatan untuk kita bersama-sama memanfaatkan media dan kemahiran kita dalam bidang pemasaran." Katanya lagi.

Sempena kunjungan tersebut Tan Sri Dr Mohd Daud turut mengadakan sesi dialog bersama kelab-kelab penyokong bola sepak Kedah.

Jelas Tan Sri Dr Mohd Daud, penajaan oleh syarikat Aafiyat tersebut amat dialu-alukan.