Thursday, 20 January 2022

updated 1:58 AM UTC, Jan 20, 2022

Golf Terbuka Sony, Russell Henley kekalkan dominasi

  • Published in Sukan

FOTO AP

HAWAII, 15 Januari- Cuaca baik pada Jumaat membantu Russell Henley untuk kekal selaku pendahulu pada Terbuka Sony Jelajah PGA, Hawaii dengan kelebihan tiga pukulan.

Henley melakukan lima birdie dan dua eagle untuk mencecah 15 di bawah par selepas hari kedua kejohanan.

Sementara Haotong Li dari China melakukan 65 pukulan untuk menduduki tempat kedua dengan 12 bawah par, diikuti rapat Matt Kuchar 11 bawah par.

Pemain Jepun, Keita Nakajima menjadi pemain amatur pertama yang melepasi kejohanan ini sejak 2015 apabila melepasi pusingan kedua 64 untuk mencapai sembilan di bawah par. - AP