Thursday, 20 January 2022

updated 1:58 AM UTC, Jan 20, 2022

Dennis Buschening sertai Lang Merah

  • Published in Sukan



ALOR SETAR, 15 Januari- Bekas penyerang import Sabah FC, Dennis Buschening diumumkan sebagai pemain import baharu pasukan Kedah Darul Aman, KDA FC bagi musim 2022.

Dennis mengisi slot sebagai pemain import kuota Asean.

Sebelum ini, Dechi Marcel N'guessan (Kuota Antarabangsa) dan Jang Suk-Won (Kuota Asia) telah diumumkan sebagai dua pemain import baharu skuad hijau kuning.

KDA FC dalam kenyataan menerusi laman facebooknya berkata, penyerang berusia 30 tahun yang dilahirkan di Jerman dan memiliki kerakyatan Thailand ini, memulakan kerjaya bolasepak remajanya di Borussia Dortmund sebelum beraksi dengan beberapa kelab di Liga German.

Mula berkelana di Thailand ketika mewakili Buriram United FC sekitar musim 2013, penglibatannya selepas itu mula mendapat perhatian kelab di Asean.

Beliau antara pemain mewakili Buriram United FC di perlawanan Suku Akhir AFC Champions League pada musim 2013.

Dua musim lepas, Dennis beraksi mewakili Sabah dan UiTM FC dan aksinya mencuri perhatian pemerhati bolasepak melalui beberapa gol cantik yang dihasilkan.

Ia termasuk ketika beraksi menentang KDA FC musim lepas.