Thursday, 20 January 2022

updated 3:00 AM UTC, Jan 20, 2022

Selangor TOT United atasi Kuala Lumpur dengan jaringan 3-1

  • Published in Sukan

SHAH ALAM, 15 Januari - Selangor TOT United memulakan kempen dengan langkah kanan selepas mengatasi Kuala Lumpur dengan jaringan 3-1.

Skuad kendalian Taufik Yahyah bermula garang menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama melalui jaringan Nurasyraaf Azle dan Aidil Shahril Rosli.

Kuala Lumpur terus gagal mencari rentak permainan selepas itu untuk membenarkan Selangor TOT United menguasai keseluruhan aksi.

Kuala Lumpur berjaya bangkit pada separuh masa kedua dengan melancarkan beberapa percubaan berbahaya ke gawang Selangor.

Usaha Kuala Lumpur merapatkan jurang gol akhirnya berhasil selepas rembatan Ali Imran Hasan pada minit ke-31 gagal ditampan kemas penjaga gol Selangor TOT United.

Bagaimanapun Farhan Baahrim kembali melebarkan kedudukan dengan jaringan ketiga Selangor pada penghujung perlawanan.

Tamat aksi, Selangor TOT United tiga Kuala Lumpur satu.

Selangor TOT United bakal menentang PDRM FC dalam aksi seterusnya, manakala Kuala Lumpur akan bertemu Selangor MAC (Mek).