Thursday, 20 January 2022

updated 2:50 AM UTC, Jan 20, 2022

Faktor cuaca jadi cabaran kayuhan solo Khairil Aslan jelajah Semenanjung

  • Published in Sukan

BANDAR HILIR, 15 Januari - Keadaan cuaca panas terik dan angin yang kuat menjadi cabaran kepada Pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid menerusi ekspedisi kayuhan solo Fatbike menjelajah Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun ia tidak mematahkan semangat untuknya meneruskan kayuhan sehingga tiba ke Melaka.

Khairil berkata, dia menganggap segala halangan yang ditempuhi sebagai dugaan dalam menyiapkan diri untuk misi pendakian 'Projek G3 8000er 2023' yang merupakan antara ekspedisi paling mencabar kerana terdapat 14 gunung yang perlu ditawan.

"Semalam dugaannya angin dan cuaca panas, masuk ke Negeri Sembilan dan Melaka jalan banyak mendaki sampai ke Simpang Alor Gajah. Saya hanya berhenti dua kali untuk mengisi bekalan air minuman dan makan kerana mengejar masa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bandar Hilir di sini, hari ini.il

Kairil yang berasal dari Batu Kurau, Perak itu berkata, selepas menghabiskan tujuh jam dalam kayuhan sejauh hampir 100 kilometer, beliau memerlukan empat ke lima hari untuk mendapatkan momentum dilaluan seterusnya.

Ekspedisi sejauh kira-kira 2,200 kilometer itu bermula di Greenwood, Gombak dan berakhir di Puchong pada 20 Februari depan.