Thursday, 20 January 2022

updated 1:23 AM UTC, Jan 20, 2022

Kian Meng-Pei Jing mara ke separuh akhir Terbuka India

  • Published in Sukan

FOTO BAM

NEW DELHI, 14 Januari - Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India selepas menewaskan pasangan Rusia, Konstantin A Bramov dan Anastasiia Akchurina.

Kian Meng dan Pei Jing yang juga pilihan utama kejohanan tidak menghadapi masalah untuk menang selesa dalam tempoh 31 minit.

Pasangan ranking ke-10 dunia itu bermula baik dengan menampilkan aksi bertenaga untuk menang 21-10 pada set pertama.

Kian Meng dan Pei Jing terus konsisten pada set kedua dengan jarang melakukan kesilapan mudah untuk menamatkan permainan dengan kemenangan 21-14.

Sementara itu, nasib berbeza dialami satu lagi pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon dan Valerie Siow.

Pilihan ke-5 kejohanan itu kandas di peringkat suku akhir selepas tumbang kepada pilihan ke-2, Rodion Alimov dan Alina Davletova dari Rusia.

Peng Soon dan Valerie Siow tewas 14-21, 13-21 dalam tempoh 29 minit.