Thursday, 20 January 2022

updated 1:53 AM UTC, Jan 20, 2022

Khairil Aslan meneruskan siri kayuhan solo Fatbike

  • Published in Sukan



BANDAR HILIR, Januari - Keadaan cuaca panas terik dan angin kuat tidak mematahkan semangat pendaki solo negara, Khairil Aslan Ab Rasid meneruskan kayuhan dari Gombak ke Melaka, semalam.

Menerusi ekspedisi siri kayuhan solo Fatbike menjelajah Semenanjung Malaysia, Khairil berkata kayuhannya pada kali ini bermula perlahan dan mengalami sedikit tekanan.

Beliau menganggap segala halangan yang ditempuhi sebagai dugaan dalam menyiapkan diri untuk misi pendakian Projek G3 8000er 2023 yang merupakan antara ekspedisi paling mencabar kerana terdapat 14 gunung yang perlu ditawan.

"Macam semalam dugaan angin, lepas itu apabila saya masuk dari Negeri Sembilan nak ke Melaka, kita masuk menerusi jalan dalam. Keadaan geografinya yang mendaki. Sehinggalah saya sampai ke Simpang Alor Gajah keadaan jalan agak baik. Emosi saya semalam agak merudum, sebab saya tidak jangka dengan kedadaan angin kuat dan cuaca panas." Kata Khairil di sini.

Kairil yang berasal dari Batu Kurau Perak itu berkata, selepas menghabiskan tujuh jam dalam kayuhan sejauh hampir 100 kilometer beliau memerlukan empat ke lima hari untuk mendapatkan momentum dilaluan seterusnya.

Beliau turut mempersiapkan mental dan fizikal untuk menghadapi laluan yang disifatkan mencabar seperti dari Kelantan ke Perak dan Kedah selain puncak Titiwangsa yang berketinggian 2,000 meter dari paras laut dengan laluannya yang cukup panjang.

Ekspedisi sejauh kira-kira 2,200 kilometer itu bermula di Greenwood, Gombak dan berakhir di Puchong pada 20 Februari depan.