Monday, 16 May 2022

Syahmi Safari pilih Harimau Selatan

  • Published in Sukan

 


 

JOHOR BAHRU 14 Januari- Spekulasi hala tuju bekas pemain Selangor FC, Syahmi Safari untuk saingan musim baharu Liga Malaysia akhirnya terjawab.

Kelab di selatan tanah air menjadi destinasi terbaharunya.

Menerusi rakaman video selama seminit di laman rasmi Johor Southern Tigers, memaparkan pemain Harimau Malaya itu memilih kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT FC) untuk meneruskan karier bola sepak profesionalnya.

Kehadiran Syahmi dalam skuad Harimau Selatan pastinya memberi kekuatan di posisi bek kanan yang ketika ini sering kali diisi oleh Matthew Davies dan S. Kunanlan.

Sebelum ini pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kelab berkenaan akan membawa masuk seorang atau dua pemain tempatan bagi menambah kekuatan juara Liga Super lapan musim berturut-turut itu.

Kini hanya tinggal seorang lagi pemain tempatan dan seorang pemain import yang bakal diumumkan JDT bagi mengharungi kempen Liga M dan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).